Saturday, 22 October 2011

Go to Melaka Wonderland

Masa hari itu princess dan kawan kawan pergi ke Melaka Wonderland. Ada orang dalam topeng tu kita orang salam . Lepas tu kita orang nyanyi lagu dengan kakak-kakak dan abang-abang pastu kita orang mandi . Kemudian makan burger dan air gas.kemudian balik.best tau.
 

Sunday, 9 October 2011

Biskut Suji

Hari itu princess dan kakak dan emak membuat Biskut Suji. Mula-mula goreng tepung gandum tanpa minyak. Lepas itu masukkan minyak sapi dan gaul sampai sebati. Lepas itu ambil sedikit dan bulatkan ia. Kemudian letakkan ia di dalam tray dan bakar selama dua puluh minit. Bagi sejuk kemudian salutkan dengan gula icing. Selamat Mencuba.

Wednesday, 14 September 2011

Nasi Goreng

Hari ini kita masak Nasi Goreng Special. Mula-mula masak kan nasi. Lepas itu tumbuk kan bawang merah 2 biji, bawang putih 5 biji dan cili. Lepas itu tumis semua bahan-bahan tumbuk dalam kuali. Goreng kan ia sampai garing. Masuk kan nasi ke dalam kuali gaul kan ia sampai sebati. Masukan garam secukup rasa. Telah pun dah siap. Terima Kasih Selamat Mencuba.

Cake Milo

Hari itu princess dan kakak buat Cake Milo. Mula-mula masuk kan milo dalam kuali. lepas itu masuk kan enam biji telur gaul kan dia sampai sebati. Lepas itu masuk kan susu pekat manis. Kemudian masuk kan buttercup  ke dalam kuali. Gaul kan ia sampai sebati. Lepas itu pula masuk kan biscut mary patah kan ia. Masuk kan ke dalam tray letak. dalam peti sejuk sampai dia keras.Terima kasih  Selamat Mencuba

Sunday, 11 September 2011

biskut mazola

Hari itu princess dan kakak buat Biskut Mazola.

          Mula-mula goreng kacang tanah  tanpa minyak masak sehingga garing. Kemudian kacang tanah dikacau supaya kulit luarnya tercabut. Kisar kacang tanah sampai hancur.Masuk kan tepung gandum dan gula ke dalam mangkuk campurkan kacang tanah ke dalam mangkuk .Masuk kan minyak mazola ke dalam mangkuk dan uli sehingga menjadi doh. Selepas itu ambil sedikit doh dan bulat kan mereka dan letak dalam tray .Akhir sekali, sapukan telur kuning pada mereka. Bakar dalam oven.

Terima Kasih, Silalah cuba di rumah.

Conrflakes Madu


Hari itu Princess dengan kakak buat Cornflakes Madu.

         Mula-mula, kita cair kan buttercup dalam kuali yang tak melekat. Masuk kan gula dan susu tepung dan madu gaul sehingga sebati. Kemudian, masuk kan cornflakes, gaul sekali lagi. Akhir sekali, letak di dalam papercup. 

Terima Kasih, Selamat Mencuba


Chocolate Chip

    Hari ini Princess dengan kakak, buat Chocolate Chip pastu Princess rasa sedap. Nak tahu tak apa resepi nya,

    Mula -mula masuk kan buttercup di dalam mangkuk, kemudian masuk kan gula halus dan brown sugar serta esen vanilla ke dalam mixer. Putar sehingga dia kembang. Ayak tepung gandum, secubit garam, dan sodium karbonat. Masuk kan tepung ke dalam mangkuk yang kita dah gaul pastu masuk kan chocolate chips dua cawan pastu gaul kan dia sampai sebati. Guna sudu angkat adunan tersebut, letak atas tray. Penuhkan tray, kemudian letakkan ke dalam oven dengan suhu 150C.

Terima kasih, Selamat mencuba :)